JellyPages.com

YOU & ME..

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday 20 March 2013

Puding Marble..I like...

Sebelum mula keje..meh nk kongsi resepi puding marble..mmg faveret aku nie..resepi nie adik iparku punya..masa baru2 kahwen..aku selalu makan ja dia buat..lama2 minta resepi n try wat sendiri..dh 3,4 kali try..kdg2 ok..kdg2 terlembik sikit..kdg2 berketul2..so teknik kena betul..


image ihsan pak cik gugel

Bahan-bahan :

Agar-agar 25g
Air
Gula Secawan
Tepung Kastard 4 Sudu Besar
Tepung Jagung 8 Sudu Besar

Susu Cair 1 tin
Telur sebiji
Butter 1 Sudu besar
Coklat 1/2 Cawan

Cara :

Masak agar-agar mcm biasa (agar-agar + gula + air) sehingga hancur.Perlahankan api. Dalam bekas berasingan, campur kedua-dua tepung dan bancuhkan. Tapiskan tepung yang telah dibancuh ke dalam agar-agar yang telah masak dan pastikan sentiasa dikacau untuk mengelakkan ia berketul-ketul.  Kemudian, setelah adunan hampir pekat, masukkan campuran susu yang telah dipukul bersama telur. Tutup api dan masukkan butter. Setelah butter cair, bahagikan aduan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan serbuk coklat yang telah dibancuh (sila tapis coklat semasa mencampurkan ke dalam aduan). Satu bahagian lagi dibiarkan warna asal. Kemudian, kemudian lapiskan adunan yang berwarna koko dan kuning berselang seli dengan menggunakan senduk ke dalam loyang. Setelah siap, masukkan ke dalam peti ais. Sedia untuk dinikmati. 

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment