JellyPages.com

YOU & ME..

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday 22 May 2013

Kelebihan Ayat Seribu Dinar..

Dulu aku hanya baca ayat seribu dinar nie kat frame yg tergantung di dinding rumah je..tue pun baca permulaan sebab tulisan khat tue bersimpul-simpul..lepas frame tue diubah ke dinding yang sebelah lagi..aku pun xpenah baca dh..sampai la awal 2012..masa nie dh hampir setahun 7 bulan aku kahwin..aku belum pregnant..ada kawan en.hubby yang dh jd kawan aku juga suh aku amalkan ayat nie..dia kata dia amalkan ayat nie..mohon daripada Allah s.w.t dipertemukan dengan jodoh yang baik dan dapat keje..Alhamdulillah murah rezeki katanya..

Aku mula mengamalkan ayat seribu dinar nie awal tahun 2012..aku jadikan doa setiap kali lepas solat..aku menghayati dan meyakini setiap baris ayat..aku percaya dengan izin Allah..Alhamdulillah..tak sampai sebulan, aku disahkan pregnant..dah sampai rezeki aku dan en. hubby..Allah telah mendengar doa kami..aku percaya Allah telah merancang yang terbaik utk kami..mungkin kalau dikurniakan anak awal, kami belum bersedia..sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik..


Andai Allah segera memakbulkan doamu, maka Allah menyayangimu.
Andai Allah lambat memakbulkan doamu, maka Allah ingin mengujimu.
Andai Allah tidak memakbulkan doamu, maka Allah merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Sentiasalah bersangka baik kepada Allah dalam apa jua keadaan jua kerana kasih sayangNya mendahului kemurkaanNya.. 




kat sini aku nk kongsi antara hikmah mengamalkan ayat seribu dinar :


Hikmah Ayat 1000 Dinar.

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎


‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti     peperangan,kezaliman dan bencana alam.

‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Tuesday 21 May 2013

Bila Permata Hati Mama & Papa Didiagnosis Viral Bronkitis..

Sepanjang hampir 7 bulan membesarkan Adam Irfan..minggu lepas merupakan minggu yang paling mencabar  dan mendera perasaan aku sebagai seorang ibu..Adam mula demam 1 Mei..2 Mei aku cuti sebab  badan Adam still panas..alhamdulillah malam tue Adam dah xdemam..maybe sebab tau papa nk balik..seminggu lepas tue, 10 Mei (Jumaat) Adam demam balik..tak boleh jadi nie..pagi Jumaat tue aku bw Adam ke INS..jumpa pakar kanak-kanank, Dr Lim..dapat la ubat demam, selesema dan antibiotik..aku tau xbgus bagi antibiotik pada baby bwh setahun..tapi aku terpaksa..sebab Adam demam berulang..hari Sabtu rasa Adam dh ok..tup2 Sabtu mlm Ahad Adam demam balik..pukul2 pagi aku jaga..Adam merengek-rengek..cek suhu..38..aku masukkan ubat demam ikut punggung..dengan harapan suhu akan turun..kul7 pagi rasa badan Adam makin panas..cek suhu 39++..tak boleh jadi nie..kena bw gi KMC..

12.05.2013 (Ahad)

Bertemankan tok cik Adam, bw ke KMC..jumpa Dr Chua..org kata the best Paed kat KMC..register sume Adam dpt no.6..dalam ati kata..jenuh la tunggu..Adam dh merengek-rengek..sian sgt tgk dia masa nie..mata merah..nampak sgt2 xsihat..nurse panggil utk timbang berat..8kg dh ank mama..then duduk balik kat tempat menunggu..Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan kami..dari no6 trus jadi no1..sebab kad patient lain blum smpai kat blik dr..masuk jumpa dr..citer kat dr pasal dh 3hari demam..dh mkn ubat sume..tapi demam xnak baik..dr cek suhu 39.6..dr suh admit..Dr suspek viral bronkitis..


Apakah itu Bronkitis?



Bronkitis ialah sejenis keradangan atau kerengsaan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) di dalam paru-paru. Terdapat 2 bentuk bronkitis.


  • Bronkitis Akut (berakhir dalam masa 3 hari hingga 3 minggu)
  • Bronkitis Kronik (boleh berakhir sehingga 3 bulan dan menyerang semula untuk selama 2 tahun atau lebih).


Kanak-kanak seringkali mendapat jangkitan Bronkitis Akut.




Apakah yang menyebabkan Bronkitis?




Bronkitis selalunya disebabkan oleh virus atau bakteria dan diburukkan lagi oleh pencemaran udara termasuklah asap rokok, wasap kimia dan habuk.


Maka berkampunglah kami di KMC selama 6 hari 5 malam..

Tuesday 7 May 2013

PRU 13..

PRU kali nie merupakan kali ke2 aku mengundi..kali pertama aku mengundi pada tahun 2008..masa tue aku mmg kurang ambil tahu pasal pilihanraya..aku bekerja di cyberjaya..balik ketika hari mengundi..selesai mengundi aku balik ke cyberjaya semula..keputusan pilihanraya tidak memberi sebarang kesan pada aku..dalam erti kata lain, aku tidak amik kisah sapa yang menang..sapa yang kalah..tp aku seronok pas menang di kedah..walaupun ada di kalangan kawan-kawan aku kata kedah akan mundur di bawah pas..

aku tidak pernah sedar rasa hidup dibawah pemerintahan BN..sebab ketika aku membesar, mula pandai berfikir..aku tidak berada di negeri kedah..tahun 1999, ketika umur 16 tahun aku ngaji kat perlis..then masuk matrik di perak dan sambung kat usm di penang..tahun 2006, umur 23 aku kerja di cyberjaya..so sepanjang meniti kedewasaan..aku tidak berada di negeri kedah..tahun 2008 baru aku balik menetap di kedah yang masa tue di bawah pemerintahan ustaz azizan..jadi aku tak boleh rasa perbezaan antara di bawah pimpinan BN dan PAS..

benda yang paling terkesan untuk aku semasa kedah di bawah pemerintahan ustaz azizan :
1) wayang xde khamis mlm jumaat..nape aku perasan sgt bnda nie?? sebab aku ngan en. hubby kaki wayang..aku sokong tindakan ustaz azizan nie..menghormati malam jumaat..dan aku tahu niat ustaz azizan agar rakyat kedah ble tumpu pada amal ibadat..

2) model di papan iklan semua bertudung..selamat la mata lelaki-lelaki dari melihat aurat model2 tue..

kalau bab-bab pentadbiran or pembangunan..aku xtau sgt..semua yg aku tau samada dari suratkhabar, tv or mulut orang..so aku takmau komen sebab aku xpasti betul ke tidak..kalau betul, jd mengata..kalau xbetul, jd fitnah..

aku mengaku aku sokong PAS..aku sgt menghormati peribadi Tuan Guru Nik Aziz dan Ustaz Azizan..aku mengagumi ketinggian ilmu agama tokoh-tokoh nie..macamana aku ble sokong PAS?? aku rasa faktor utama yang buat aku sokong PAS sebab banyak membesar dalam keluarga belah mak aku yang memang sejak arwah tokwan aku ada lagi mmg penyokong tegar PAS..sampaikan bila arwah tokwan aku meninggal pun masuk Harakah..aku rasa kalau aku membesar banyak dengan keluarga belah ayah..mungkin aku penyokong BN..sebab keluarga belah ayah aku penyokong tegar BN..walaupun aku sokong PAS, aku tak benci BN..cuma sebab cinta pertama aku PAS..susah aku nk lupa..huahuaa..aku taktau sejauh mana kecintaan aku terhadap PAS..tapi aku terluka bila keputusan pilihanraya 2013 Kedah jatuh kembali ke tangan BN..aku sedih sebab Ustaz Azizan bukan lg Menteri Besar Kedah..tapi sebagai rakyat Kedah, aku tetap menyokong sesiapa saja yang jadi pemerintah..aku menerima Dato' Mukhriz dan berharap beliau akan mengekalkan yang elok yang dh ada di Kedah dan menambaikkan yang kurang elok..

PRU13 juga buat aku paham apa fungsi parlimen dan apa fungsi DUN..Kalau menang Parlimen akan kemana dan kalau menang DUN apa akan jadi..

Berakhirnya PRU13 nie..semoga berakhir juga la caci maki, fitnah-menfitnah..dari bergaduh, baik la kita muhasabah diri..perancangan Allah adalah yang terbaik..mungkin Allah bagi BN terus kekal sebagai pemerintah supaya boleh buat penambaikkan..memperelokkan yang kurang elok..jangan biarkan rasuah terus berleluasa..memerintah dengan telus..mungkin Allah belum bagi kemenangan kepada PR kerana Allah nak PR betul-betul bersedia untuk memerintah..

Semoga 1 hari Malaysia menjadi sebuah negara yang benar-benar mengamalkan Islam seperti tertulis dalam Al-Quran. Buat bangsa Melayu, bangun dan bersatulah demi negara dan agama. Anak muda melayu masih ramai yang leka.