JellyPages.com

YOU & ME..

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tuesday 7 May 2013

PRU 13..

PRU kali nie merupakan kali ke2 aku mengundi..kali pertama aku mengundi pada tahun 2008..masa tue aku mmg kurang ambil tahu pasal pilihanraya..aku bekerja di cyberjaya..balik ketika hari mengundi..selesai mengundi aku balik ke cyberjaya semula..keputusan pilihanraya tidak memberi sebarang kesan pada aku..dalam erti kata lain, aku tidak amik kisah sapa yang menang..sapa yang kalah..tp aku seronok pas menang di kedah..walaupun ada di kalangan kawan-kawan aku kata kedah akan mundur di bawah pas..

aku tidak pernah sedar rasa hidup dibawah pemerintahan BN..sebab ketika aku membesar, mula pandai berfikir..aku tidak berada di negeri kedah..tahun 1999, ketika umur 16 tahun aku ngaji kat perlis..then masuk matrik di perak dan sambung kat usm di penang..tahun 2006, umur 23 aku kerja di cyberjaya..so sepanjang meniti kedewasaan..aku tidak berada di negeri kedah..tahun 2008 baru aku balik menetap di kedah yang masa tue di bawah pemerintahan ustaz azizan..jadi aku tak boleh rasa perbezaan antara di bawah pimpinan BN dan PAS..

benda yang paling terkesan untuk aku semasa kedah di bawah pemerintahan ustaz azizan :
1) wayang xde khamis mlm jumaat..nape aku perasan sgt bnda nie?? sebab aku ngan en. hubby kaki wayang..aku sokong tindakan ustaz azizan nie..menghormati malam jumaat..dan aku tahu niat ustaz azizan agar rakyat kedah ble tumpu pada amal ibadat..

2) model di papan iklan semua bertudung..selamat la mata lelaki-lelaki dari melihat aurat model2 tue..

kalau bab-bab pentadbiran or pembangunan..aku xtau sgt..semua yg aku tau samada dari suratkhabar, tv or mulut orang..so aku takmau komen sebab aku xpasti betul ke tidak..kalau betul, jd mengata..kalau xbetul, jd fitnah..

aku mengaku aku sokong PAS..aku sgt menghormati peribadi Tuan Guru Nik Aziz dan Ustaz Azizan..aku mengagumi ketinggian ilmu agama tokoh-tokoh nie..macamana aku ble sokong PAS?? aku rasa faktor utama yang buat aku sokong PAS sebab banyak membesar dalam keluarga belah mak aku yang memang sejak arwah tokwan aku ada lagi mmg penyokong tegar PAS..sampaikan bila arwah tokwan aku meninggal pun masuk Harakah..aku rasa kalau aku membesar banyak dengan keluarga belah ayah..mungkin aku penyokong BN..sebab keluarga belah ayah aku penyokong tegar BN..walaupun aku sokong PAS, aku tak benci BN..cuma sebab cinta pertama aku PAS..susah aku nk lupa..huahuaa..aku taktau sejauh mana kecintaan aku terhadap PAS..tapi aku terluka bila keputusan pilihanraya 2013 Kedah jatuh kembali ke tangan BN..aku sedih sebab Ustaz Azizan bukan lg Menteri Besar Kedah..tapi sebagai rakyat Kedah, aku tetap menyokong sesiapa saja yang jadi pemerintah..aku menerima Dato' Mukhriz dan berharap beliau akan mengekalkan yang elok yang dh ada di Kedah dan menambaikkan yang kurang elok..

PRU13 juga buat aku paham apa fungsi parlimen dan apa fungsi DUN..Kalau menang Parlimen akan kemana dan kalau menang DUN apa akan jadi..

Berakhirnya PRU13 nie..semoga berakhir juga la caci maki, fitnah-menfitnah..dari bergaduh, baik la kita muhasabah diri..perancangan Allah adalah yang terbaik..mungkin Allah bagi BN terus kekal sebagai pemerintah supaya boleh buat penambaikkan..memperelokkan yang kurang elok..jangan biarkan rasuah terus berleluasa..memerintah dengan telus..mungkin Allah belum bagi kemenangan kepada PR kerana Allah nak PR betul-betul bersedia untuk memerintah..

Semoga 1 hari Malaysia menjadi sebuah negara yang benar-benar mengamalkan Islam seperti tertulis dalam Al-Quran. Buat bangsa Melayu, bangun dan bersatulah demi negara dan agama. Anak muda melayu masih ramai yang leka.

No comments:

Post a Comment