JellyPages.com

YOU & ME..

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday 22 May 2013

Kelebihan Ayat Seribu Dinar..

Dulu aku hanya baca ayat seribu dinar nie kat frame yg tergantung di dinding rumah je..tue pun baca permulaan sebab tulisan khat tue bersimpul-simpul..lepas frame tue diubah ke dinding yang sebelah lagi..aku pun xpenah baca dh..sampai la awal 2012..masa nie dh hampir setahun 7 bulan aku kahwin..aku belum pregnant..ada kawan en.hubby yang dh jd kawan aku juga suh aku amalkan ayat nie..dia kata dia amalkan ayat nie..mohon daripada Allah s.w.t dipertemukan dengan jodoh yang baik dan dapat keje..Alhamdulillah murah rezeki katanya..

Aku mula mengamalkan ayat seribu dinar nie awal tahun 2012..aku jadikan doa setiap kali lepas solat..aku menghayati dan meyakini setiap baris ayat..aku percaya dengan izin Allah..Alhamdulillah..tak sampai sebulan, aku disahkan pregnant..dah sampai rezeki aku dan en. hubby..Allah telah mendengar doa kami..aku percaya Allah telah merancang yang terbaik utk kami..mungkin kalau dikurniakan anak awal, kami belum bersedia..sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik..


Andai Allah segera memakbulkan doamu, maka Allah menyayangimu.
Andai Allah lambat memakbulkan doamu, maka Allah ingin mengujimu.
Andai Allah tidak memakbulkan doamu, maka Allah merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Sentiasalah bersangka baik kepada Allah dalam apa jua keadaan jua kerana kasih sayangNya mendahului kemurkaanNya.. 




kat sini aku nk kongsi antara hikmah mengamalkan ayat seribu dinar :


Hikmah Ayat 1000 Dinar.

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎


‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti     peperangan,kezaliman dan bencana alam.

‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Tuesday 21 May 2013

Bila Permata Hati Mama & Papa Didiagnosis Viral Bronkitis..

Sepanjang hampir 7 bulan membesarkan Adam Irfan..minggu lepas merupakan minggu yang paling mencabar  dan mendera perasaan aku sebagai seorang ibu..Adam mula demam 1 Mei..2 Mei aku cuti sebab  badan Adam still panas..alhamdulillah malam tue Adam dah xdemam..maybe sebab tau papa nk balik..seminggu lepas tue, 10 Mei (Jumaat) Adam demam balik..tak boleh jadi nie..pagi Jumaat tue aku bw Adam ke INS..jumpa pakar kanak-kanank, Dr Lim..dapat la ubat demam, selesema dan antibiotik..aku tau xbgus bagi antibiotik pada baby bwh setahun..tapi aku terpaksa..sebab Adam demam berulang..hari Sabtu rasa Adam dh ok..tup2 Sabtu mlm Ahad Adam demam balik..pukul2 pagi aku jaga..Adam merengek-rengek..cek suhu..38..aku masukkan ubat demam ikut punggung..dengan harapan suhu akan turun..kul7 pagi rasa badan Adam makin panas..cek suhu 39++..tak boleh jadi nie..kena bw gi KMC..

12.05.2013 (Ahad)

Bertemankan tok cik Adam, bw ke KMC..jumpa Dr Chua..org kata the best Paed kat KMC..register sume Adam dpt no.6..dalam ati kata..jenuh la tunggu..Adam dh merengek-rengek..sian sgt tgk dia masa nie..mata merah..nampak sgt2 xsihat..nurse panggil utk timbang berat..8kg dh ank mama..then duduk balik kat tempat menunggu..Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan kami..dari no6 trus jadi no1..sebab kad patient lain blum smpai kat blik dr..masuk jumpa dr..citer kat dr pasal dh 3hari demam..dh mkn ubat sume..tapi demam xnak baik..dr cek suhu 39.6..dr suh admit..Dr suspek viral bronkitis..


Apakah itu Bronkitis?



Bronkitis ialah sejenis keradangan atau kerengsaan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) di dalam paru-paru. Terdapat 2 bentuk bronkitis.


  • Bronkitis Akut (berakhir dalam masa 3 hari hingga 3 minggu)
  • Bronkitis Kronik (boleh berakhir sehingga 3 bulan dan menyerang semula untuk selama 2 tahun atau lebih).


Kanak-kanak seringkali mendapat jangkitan Bronkitis Akut.




Apakah yang menyebabkan Bronkitis?




Bronkitis selalunya disebabkan oleh virus atau bakteria dan diburukkan lagi oleh pencemaran udara termasuklah asap rokok, wasap kimia dan habuk.


Maka berkampunglah kami di KMC selama 6 hari 5 malam..

Tuesday 7 May 2013

PRU 13..

PRU kali nie merupakan kali ke2 aku mengundi..kali pertama aku mengundi pada tahun 2008..masa tue aku mmg kurang ambil tahu pasal pilihanraya..aku bekerja di cyberjaya..balik ketika hari mengundi..selesai mengundi aku balik ke cyberjaya semula..keputusan pilihanraya tidak memberi sebarang kesan pada aku..dalam erti kata lain, aku tidak amik kisah sapa yang menang..sapa yang kalah..tp aku seronok pas menang di kedah..walaupun ada di kalangan kawan-kawan aku kata kedah akan mundur di bawah pas..

aku tidak pernah sedar rasa hidup dibawah pemerintahan BN..sebab ketika aku membesar, mula pandai berfikir..aku tidak berada di negeri kedah..tahun 1999, ketika umur 16 tahun aku ngaji kat perlis..then masuk matrik di perak dan sambung kat usm di penang..tahun 2006, umur 23 aku kerja di cyberjaya..so sepanjang meniti kedewasaan..aku tidak berada di negeri kedah..tahun 2008 baru aku balik menetap di kedah yang masa tue di bawah pemerintahan ustaz azizan..jadi aku tak boleh rasa perbezaan antara di bawah pimpinan BN dan PAS..

benda yang paling terkesan untuk aku semasa kedah di bawah pemerintahan ustaz azizan :
1) wayang xde khamis mlm jumaat..nape aku perasan sgt bnda nie?? sebab aku ngan en. hubby kaki wayang..aku sokong tindakan ustaz azizan nie..menghormati malam jumaat..dan aku tahu niat ustaz azizan agar rakyat kedah ble tumpu pada amal ibadat..

2) model di papan iklan semua bertudung..selamat la mata lelaki-lelaki dari melihat aurat model2 tue..

kalau bab-bab pentadbiran or pembangunan..aku xtau sgt..semua yg aku tau samada dari suratkhabar, tv or mulut orang..so aku takmau komen sebab aku xpasti betul ke tidak..kalau betul, jd mengata..kalau xbetul, jd fitnah..

aku mengaku aku sokong PAS..aku sgt menghormati peribadi Tuan Guru Nik Aziz dan Ustaz Azizan..aku mengagumi ketinggian ilmu agama tokoh-tokoh nie..macamana aku ble sokong PAS?? aku rasa faktor utama yang buat aku sokong PAS sebab banyak membesar dalam keluarga belah mak aku yang memang sejak arwah tokwan aku ada lagi mmg penyokong tegar PAS..sampaikan bila arwah tokwan aku meninggal pun masuk Harakah..aku rasa kalau aku membesar banyak dengan keluarga belah ayah..mungkin aku penyokong BN..sebab keluarga belah ayah aku penyokong tegar BN..walaupun aku sokong PAS, aku tak benci BN..cuma sebab cinta pertama aku PAS..susah aku nk lupa..huahuaa..aku taktau sejauh mana kecintaan aku terhadap PAS..tapi aku terluka bila keputusan pilihanraya 2013 Kedah jatuh kembali ke tangan BN..aku sedih sebab Ustaz Azizan bukan lg Menteri Besar Kedah..tapi sebagai rakyat Kedah, aku tetap menyokong sesiapa saja yang jadi pemerintah..aku menerima Dato' Mukhriz dan berharap beliau akan mengekalkan yang elok yang dh ada di Kedah dan menambaikkan yang kurang elok..

PRU13 juga buat aku paham apa fungsi parlimen dan apa fungsi DUN..Kalau menang Parlimen akan kemana dan kalau menang DUN apa akan jadi..

Berakhirnya PRU13 nie..semoga berakhir juga la caci maki, fitnah-menfitnah..dari bergaduh, baik la kita muhasabah diri..perancangan Allah adalah yang terbaik..mungkin Allah bagi BN terus kekal sebagai pemerintah supaya boleh buat penambaikkan..memperelokkan yang kurang elok..jangan biarkan rasuah terus berleluasa..memerintah dengan telus..mungkin Allah belum bagi kemenangan kepada PR kerana Allah nak PR betul-betul bersedia untuk memerintah..

Semoga 1 hari Malaysia menjadi sebuah negara yang benar-benar mengamalkan Islam seperti tertulis dalam Al-Quran. Buat bangsa Melayu, bangun dan bersatulah demi negara dan agama. Anak muda melayu masih ramai yang leka.

Monday 22 April 2013

Pendapat aku tentang produk kecantikan dan pemakanan..


Tahun nie..umur dh masuk 3 series..org pompuan cam biasa la..bila umur makin meningkat..mula la risau kedut sana..kedut sini..tambah2 dah bersalin nie..badan rasa lenguh-lenguh..duk tercari-cari  supplement yang sesuai..produk kecantikan yang sesuai..bukan nak deny perubahan sebab pertambahan umur..tua tetap tua..tp tak salah kalau kita berikhtiar jaga badan..jaga muka..hubby tgk pun sedap mata memandang..btul tak??

Tapi masalah aku nie satu je..aku susah nak percaya produk yang berlambak di pasaran..mcm tia amelia ka..natasya ka..sekadar menyebut beberapa jenama..(tokei produk jangan saman aku..aku sekadar meluahkan pendapat aku..) kalau produk kecantikan aku lebih percaya dan lebih yakin kepada produk makmal..yang dah bertapak lama..yang ada jual kat Watson or guardian camtue..kiranya produk dalam supermarket..macam loreal..garnier..safi..etc..takpun produk macam avon..nutrimetics..sepanjang 30 tahun aku hidup nie..aku penah try neutrogena..gervenne..nutrimetics..and sekarang aku setia ngan aiken..since kat usm lagi aku guna aiken nie..dh 10tahun lebih..harga pun sgt menjimatkan..facial cleanser baru rm10.90..toner pun lebih kurang ja..alhamdulillah muka aku ok..(aku bukan duta aiken ok..sekadar berkongsi..hehehe..)

Bab supplement pun sama..walaupun skrg orang berebut-rebut nak try aurawhite la..ferwhite la..maixara la..rumpai laut la..aku susah nak terpengaruh..aku jenis kena ada review dari orang yang betul2 pakar macam dr..baru aku percaya..kalau vitamin lain citer..nie jenis pemakanan nak bagi putih..nak bagi kulit cantik..sebab pada aku..syarikat yang jual produk2 nie.. kebanyakkan syarikat baru..sejauh mana hebatnya RND diaorang kita tak tau..so aku jadi was-was nak makan..tapi ada juga a few thing yang aku makan based on testimoni orang ramai..mcm bidadari dcl..maharani hai-o..biodex..aku amik sume nie masa try nak conceive aritue..masa amik produk2 nie..aku tawakal la..tapi cm hai-o..dcl..mcm dh lama dan banyak org bagi testimoni dah..

setakat la..aku hanya berani amik shaklee..tue pun sebab vitamin..dalam pantang aku amik trial set berpantang shaklee..alhamdulillah..aku rasa sihat dan segar sepanjang tempoh berpantang..aku amik vitamin c, zinc, b complex, ostematrix dan vita-lea..sekali lagi..aku bukan agen shaklee..sekadar berkongsi kesan best yang aku rasa msa consume shaklee..

sekarang nie..aku teringin nak try olay dan nak amik vitamin e, c untuk kulit..

kepada yang suka amik apa-apa produk yang aku sebut..kalau tak setuju ngan pendapat aku..xpe..pendapat masing2 kan..aku cuma berkongsi apa pendapat aku tentang produk-produk yang banyak kat pasaran..

Tuesday 26 March 2013

Cita-cita..Impian..Memajukan Diri..

Ya..saya seorang kerani sekolah..

Fakta ini mungkin biasa..mungkin juga tak disangka..

setelah SPM, aku sambung belajar kat Pusat Matrikulasi Kolej Taj, program matrikulasi bawah KPM..amik Sains Hayat..tapi bila time nak isi borang UPU..kebanyakkan pilihan aku multimedia, IT, sains komputer..masa nie chu aku seorang cikgu dok nasihat aku suh amik perguruan..tapi aku  mengabaikan nasihat dia..dengan alasan aku xminat jd cikgu..aku amik IT sume sebab aku nk keje opis..bila dapat je panggilan dari universiti..aku dapat Sains Komputer kat USM kampus induk..dari 2002 sampai 2005..aku grad 2006..pointer xbagus sgt..xteruk sgt..so so ja..

Lepas abis study..aku xsmpat menganggur..aku start keje ngan WSL..company yang handle sistem untuk SUKMA yang dibuat kat Kedah..aku sempat keje lebih kurang 4 bulan..then aku pi keje di P2i Online di Cyberjaya..yg nie mmbr usm, ema rekemen..aku keje di P2i dari pekerja kontrak smpi la ditawarkan tetap..2006 sampai 2008..bila aku ditawarkan jawatan tetap, aku dapat keje gomen..sebagai kerani di kedah..mak ayah aku mmg suka la aku blik duk kedah..aku terima sebab ingat bila dah masuk gomen senang nk naik ke jawatan yang sesuai ngan degree..lagipun mak ayah aku sebagai pekerja gomen telah menerangkan dengan panjang lebar kelebihan keje gomen..bila dah masuk gomen nie, baru aku tau..bukan mudah nak ke jawatan yang gred lebih tinggi..huhu..meh aku nak list pro dan cons keje gomen and private..

Kelebihan :
  • Cuti banyak dan senang
  • Ada pencen
  • Nak beli rumah, ada pinjaman kerajaan
  • Kalau masuk hospital, ble pakai GL
  • Nak wat personal loan senang (sgt xbagus tau yang nie...hehe..)
  • Kerajaan duk bagi duit saguhati, bonus
Kekurangan :

  • Waktu bekerja ble dikatakan xckup berbanding masa keje swasta..huhu..dulu masa keje swasta, masuk kul9 pg terus wat keje sampai lunch hour kul1..breakfast siap-siap before masuk kul9 td..lunch hour sejam guna sebaik2nya..kul2 sharp smbung keje..tapi bila keje gomen, aku ada mencuri masa..(berdosa ok..walaupun skit..lama-lama curi..jadi bukit la dosa tue..)
  • Kalau rasa nk kepuasan bekerja..eloklah keje ngan private..bukan bermaksud keje ngan gomen nie xde kepuasan keje..cuma dengan private..banyak cabaran..contohnya paling mudah Pegawai Teknologi Maklumat vs Software Engineer..kalau Pegawai Teknologi Maklumat selalunya pi meeting, wat keputusan pasal sistem, pasal bidang2 berkaitan IT..sistem slalunya beli dari luar, tinggai nak maintain ja..kalau Software Engineer kat private..memamg develop sistem dari mula sampai abis..so klu orang yang inginkan cabaran, nak mantapkan skill..mmg kena keje ngan private..(kalau pendapat aku mengguris ati sapa-sapa..sori la ye..)
  • Bonus private lg masyukkk..hahaha
so far..nie yang terlintas di pikiran aku masa taip entry nie..ada lagi kot..

seriously, aku kdg2 rindu nak pecah otak develop sistem..rindu kat coding-coding..tapi aku dh pilih masuk gomen..aku kena redha n cari solution lain untuk memajukan diri..aku xboleh sekadar berpuas ati dengan keje aku sekarang..

so far ada 2 cara je aku ble ambil untuk buat anjakan paradigma..

1) amik exam untuk masuk skim n27..secara kpsl



2) apply jawatan gred 41 melalui spa


aku berdoa moga Allah murahkan rezeki aku naik gred sebelum umur 35 tahun..amin..



Kronologi Kelahiran Adam Irfan - Part 2

sambungan dari part 1

bila dr anuar dh decide nk czer, minta dia tunggu en.hubby sampai..tp dr anuar xmau tunggu dah..sbb dia kata jantung baby tgh ok..klu tunggu, takut jantung baby lemah..so xde pilihan,  xble nk tunggu en.hubby..msg en.hubby bgtau nk czer n say sorry xsmpat tunggu dia sampai..then call bgtau mak n ayah..diaorg dh blik rumah..bru je smpai..kna ptah blik ke INS....masa nie perasaan bercampur baur..takut dan sedih..sedih sebab en.hubby xde skali..mmg termengangis..huhu..msg adik, yati n bff, tiah bgtau kna czer..diaorg reply..bg support..rsa ok skit..pastue mak ayah smpai..nurse bg borang nk kna tandatangan untuk czer..salam ayah..salam n peluk mak..masa peluk mak mmg xble tahan dh..im crying..mak pun sama..mak keluar dr LR..aku dh tenang ckit..tunggu diaorg tolak masuk OT..

9.00pg..

Masuk OT..nurse prepare untuk czer..dr bius mai untuk bius..serius yang nie mmg ngeri..sbb aku dgr mcm2 pengalaman org ambil epi, bius untuk czer..tp alhamdulillah..dr ridhwan jaya mmg the best..aku tak rasa pun dia cucuk..tau2 kaki rasa berat dan xble angkat..pastue dia sembang2..aku tanya dia..dh nk mula ke..sebab rasa ada orang duk wat sumthing kat perut..skali dr ridhwan jaya nie panggil dr anuar..la dr anuar dh ada dh..bila masa dia masuk aku xsdar pun..sepanjang proses tue..mulut aku xabis-abis baca 

La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zhalimin" ~ "Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri."

dan ayat kursi..

then sayup-sayup aku dengar dr anuar azan dan sayup-sayup tangisan baby..alhamdulillah..at that moment i knew baby dh safely keluar dari perut..mmg sgt precious..Ya Allah..xtergambar dengan kata-kata..bila dr anuar pas baby untuk dibersihkan..dia menangis sangat kuat..aku menangis sama..then nurse bawa tunjuk baby kat aku..tunjuk jantina..dan bawa baby keluar untuk diazankan oleh tok wan dia..kul9.50 pagi..sumenya selesai..aku ditolak keluar dari OT..

Wednesday 20 March 2013

Puding Marble..I like...

Sebelum mula keje..meh nk kongsi resepi puding marble..mmg faveret aku nie..resepi nie adik iparku punya..masa baru2 kahwen..aku selalu makan ja dia buat..lama2 minta resepi n try wat sendiri..dh 3,4 kali try..kdg2 ok..kdg2 terlembik sikit..kdg2 berketul2..so teknik kena betul..


image ihsan pak cik gugel

Bahan-bahan :

Agar-agar 25g
Air
Gula Secawan
Tepung Kastard 4 Sudu Besar
Tepung Jagung 8 Sudu Besar

Susu Cair 1 tin
Telur sebiji
Butter 1 Sudu besar
Coklat 1/2 Cawan

Cara :

Masak agar-agar mcm biasa (agar-agar + gula + air) sehingga hancur.Perlahankan api. Dalam bekas berasingan, campur kedua-dua tepung dan bancuhkan. Tapiskan tepung yang telah dibancuh ke dalam agar-agar yang telah masak dan pastikan sentiasa dikacau untuk mengelakkan ia berketul-ketul.  Kemudian, setelah adunan hampir pekat, masukkan campuran susu yang telah dipukul bersama telur. Tutup api dan masukkan butter. Setelah butter cair, bahagikan aduan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan serbuk coklat yang telah dibancuh (sila tapis coklat semasa mencampurkan ke dalam aduan). Satu bahagian lagi dibiarkan warna asal. Kemudian, kemudian lapiskan adunan yang berwarna koko dan kuning berselang seli dengan menggunakan senduk ke dalam loyang. Setelah siap, masukkan ke dalam peti ais. Sedia untuk dinikmati. 

Selamat mencuba..

Tuesday 19 March 2013

Kronologi Kelahiran Adam Irfan - Part 1

Ikut buku pink..EDD aku 23.10.2012..memandangkan aku duk menyewa ngan kwn2 di sik..aku decide nak cuti awal seminggu..bukan apa..en.hubby dh la jauh nun di jb..mak ayah plak jauh di as..sob..sob..klu tetiba skit msa duk kat sik..silap2 xsmpat nk bersalin kat as..so start 14.10.2012 aku pun start cuti..

16.10.2013 - Selasa

aku pi check up kat klinik kesihatan datuk kumbar..owh..berat dh mencecah 77.6kg..gemuk ok..then lunch plan nk mkn nasi arab kat restoran mekah area tesco mergong..ajak mamet yg-ponteng-sekolah-lepas-pmr..skali msa otw..berubah pikiran..nk mkn kenny rogers plak..so kami pun pi la mkn kenny rogers..burp..alhamdulillah kenyang..ptg tue aku sepatutnya jumpa my fren cda..agen prudential aku..tp last minute cancel..dh alang2 aku tunggu dia kat wan roti canai..aku belasah roti telur and teh ais..sedap..kenyang..heaven btoi bla ble mkn tnpa takut gemuk..hahaha..masa pregnant xde istilah takut nk mkn sbb takut gemuk..but mmg aku xtakut gemuk..tp aku takut gula aku tinggi..sbb klinik kerajaan cop aku ada gdm..huhu..mlm tue mak ajak pi mkn di restoran tepi laut..mak kata mkn sebelum aku bersalin..so mlm tue mkn tomyam, ikan 3 rasa, sotong goreng tepung..burpp utk kali ketiga hari ini..alhamdulillah..msa lpas mkn..mak ada tanya..ada rasa pape tak..aku bgtau la rasa perut rasa tegang..mak kta biasa la tue..

blik dr mkn..layan fb..pastue hwuarghh..ngantuk suda..ready la nk tdo..rasa skit pinggang plak..golek sana..pusing sni..xble tdo..terasa nk terkencing..p toilet..pastue duk rsa lg.."eh..awat yg air kenc nie xble tahan2.." msuk toilet try check..kot2 air ketuban.."rsa cm ya dh nie..air nie pelik skit.."..trus kuar nk kejutkan mak ayah..msa tue terasa air mengalir ngan lajunya..sah, pasti n confirm..air ketuban dh pecah..masa nie kul2pg 17.10.2013..mak suh pakai pad..aku sempat sms en.hubby..kata dh trun air..then pi booking tiket flight jb-penang kul7.20 pg..siap email boarding pass kt en.hubby..cdangnya tunggu kul8 bru nk pi ins..tp mak xsdap ati..call mak ndak yg dh rmai cucu..hihi..tnya pndapat..mak ndak suh trus pi ins..xyah tunggu pg..so aku pun ready..pi mndi..msa nie tgk pad..air ketuban dh light green..terdetik kat ati.."baby dh berak kat dalam.." dlm 3.40pg kami gerak ke ins..masuk labour room..nurse suh tukar baju..bermula la sesi seluk..xsesakit yg dibayangkan..nurse confirmkn baby dh berak..n serviks xlembut lg..huhu..msa tue bru 1cm..nurse psang mesin ctg..jantung baby sume ok..contraction main2..mmg xberapa sakit..so duk la aku terbaring melayan perasan..pastue msg2 ngn en.hubby..dia dh ready nk pi airport..mak ayah bgtau nk blik umah dlu..aku ok je..lgpun cm lmbt lg nk bersalin..

dalam kul7 pg..dr anuar husainy mai..kena seluk utk 2nd time..lepas cek sume dr decide nk ceaser..
sbb :
1) baby dh berak
2) jalan xbuka..

to be continue..

1st entry utk 2013..

Assalamualaikum..

Im back..hehehe..mood menulis kembali..ye la..dh kasi salin baju blog..ada munge2..warna ceria..comel2..bru la semangat skit nk aktif hapdet blog..sejak berpindah ke blogspot nie..entry ble kira berapa je..msa tunang skit..lpas kwen 1..jawab tag 1..xmcm masa blog friendster dlu..rajin sungguh aku hapdet..maybe sbb masa tue tgh study..sibuk wat assignment..byk masa depan pc..skrg pun byk masa depan pc..tp skrg bz ngan keje..tak sanggup nk curi masa lebih2..takut hilang keberkatan gaji..(peringatan utk diri sndiri..)

Dah bulan Mac baru nak post 1st entry..xpa la..better late than never..

1st entry nie nak memperkenalkan buah hati pengarang jantung aku n en. hubby..yang dilahirkan pada 17 Oktober 2012 hari rabu pada pukul 9.20 pagi secara LSCS (Lower Segment Ceaserean Section) di INS Specialist Centre.

Adam Irfan Bin Mohd Shamsul
3.4kg

Nnt ada kesempatan aku hapdet kronologi kelahiran ti bambam nie..

till then..lots of love from us..